Maklumat AM


SISTEM PENGAJIAN DI UMT

UMT mengamalkan sistem semester. Terdapat dua semester untuk setiap sesi tahun pengajian dan tempoh untuk setiap semester ialah 18 minggu, lazimnya mengikut pecahan berikut:

Kuliah 7 Minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 Minggu
Kuliah 7 Minggu
Peperiksaan Akhir 3 Minggu

Struktur Kurikulum Program

 Struktur kurikulum untuk program sarjana muda dibentuk berdasarkan falsafah dan matlamat UMT iaitu untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berpengetahuan, berwibawa dengan pelbagai kemahiran, termasuk keusahawanan dan kepimpinan. Terdapat tiga komponen kursus di dalam kurikulum program, iaitu Teras Universiti, Teras Program dan Elektif.

Teras Universiti

Komponen Teras Universiti terdiri daripada beberapa kursus yang wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar UMT. Kursus-kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang diperolehi daripada bidang pengkhususan masing-masing.

Teras Program Pengajian

Komponen Teras Program Pengajian terdiri daripada kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang pengkhususan dan ditetapkan oleh jabatan yang mengendalikan program-program tersebut. Pelajar-pelajar di dalam program yang berkenaan diwajibkan untuk mengikuti kursus-kursus ini.

Elektif

Komponen Elektif terdiri daripada kursus-kursus pilihan yang boleh diambil oleh pelajar. Kursus elektif masih diambil kira kreditnya dan diberikan mata nilaian.

 KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

Pelajar diwajibkan mendaftar kursus Bahasa Inggeris yang merupakan kursus teras universiti iaitu :-

i.   Academic Writing Skills (BBB3101);

ii. Public Speaking (BBB3102); dan

iii. English for Occupational Purposes (BBB3103).

 

Maklumat Umum

1) Pendaftaran kursus BBB3101 dan BBB3102, pelajar perlu memenuhi syarat MUET iaitu mendapat Band 3, 4, 5 dan 6.

2) Manakala bagi pelajar yang mendapat keputusan MUET band 1 dan 2, diwajibkan mengikuti dan LULUS kursus pemulihan bahasa inggeris iaitu English for Akademic Communication 1 (BBB2000)

3) Kursus BBB3103 dan BBB3102 merupakan prasyarat kepada kursus BBB3103

 

SISTEM BIMBINGAN SISWA

Sistem Bimbingan Siswa bertujuan memberikan khidmat nasihat akademik kepada pelajar termasuk perancangan pengajian di sepanjang pegajian di UMT. Setiap pelajar UMT yang mendaftar akan diletakkan di bawah seorang Pembimbing Siswa yang terdiri daripada pensyarah.

Pelaksana

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di PPSA secara automatik ditindikkan di bawah seorang pensyarah bermula dari pendaftaran di Tahin 1. Setiap pelajar diwajibkan berjumpa terus dengan  Pembimbing Siswa masing-masing untuk medapatkan bimbingan dan nasihat berkaitan hal ehwal akademik dan masalah berkaitan. Temujanji boleh dilakukan dengan Pembimbing Siswa mengikut kesesuaian masa Pembimbing Siswa berkenaan.

Tugas Pembimbing Siswa

  • Membantu pelajar  memahami  kurikulum,  sistem   semester,  sistem   pendaftaran,  sistem peperiksaan dan pengecualian kursus
  • Membantu pelajar merancang skema pengajian
  • Membantu pelajar membuat pemilihan kursus
  • Memberi nasihat berkaitan masalah akademik pelajar
  • Mengenal pasti masalah yang boleh memberi kesan kepada kemajuan akademik untuk dirujuk kepada pihak yang mempunyai kepakaran bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Menandatangani dan mengesahkan sijil dan sebarang dokumen mengenai akademik pelajar
  • Menjadi mentor dan memberi motivasi kepada pelajar
  • Mengadakan perjumpaan dengan pelajar sekurang-kurangnya dua kali setiap semester
  • Menyimpan dan mengemas kini rekod dan fail pelajar