Sistem Bimbingan Siswa


Sistem Bimbingan Siswa

Sistem Bimbingan Siswa bertujuan memberi khidmat nasihat akademik kepada pelajar termasuk perancangan pengajian di sepanjang pengajian di UMT. Setiap pelajar UMT yang mendaftar akan diletakkan di bawah seorang Pembimbing Siswa yang terdiri daripada pensyarah.

 Pelaksanaan

Jabatan Pengurusan Akademik (JPA) akan menamakan seorang pensyarah dari pusat pengajian sebagai Pembimbing Siswa kepada pelajar baharu yang mengikuti program di bawah PPSA.

Tugas Pembimbing Siswa

  • Membantu pelajar memahami kurikulum, sistem semester, sistem pendaftaran, sistem peperiksaan dan pengecualian kursus
  • Membantu pelajar merancang skema pengajian
  • Membantu pelajar membuat pemilihan kursus
  • Memberi nasihat berkaitan masalah akademik pelajar
  • Mengenal pasti masalah yang boleh memberi kesan kepada kemajuan akademik untuk dirujuk kepada pihak yang mempunyai kepakaran bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Menandatangani dan mengesahkan sijil dan sebarang dokumen mengenai akademik pelajar
  • Menjadi mentor dan memberi motivasi kepada pelajar
  • Mengadakan perjumpaan dengan pelajar sekurang-kurangnya dua kali setiap semester
  • Menyimpan dan mengemas kini rekod dan fail pelajar