Peraturan Ujian Lisan Kelayakan PhD


Peraturan Ujian Lisan Kelayakan PhD

1.0     Penghantaran borang dan saranan penyelidikan

  • Calon perlu menghantar borang Pendaftaran Peperiksaan Kelayakan PhD (kod: PG-14a) dan saranan penyelidikan sekurang-kurangnya satu (1) bulan ke urusetia pascasiswazah,PPSA sebelum tarikh pembentangan.
  • Calon perlu mencetak sebanyak tiga (3) salinan saranan penyelidikan untuk setiap Pengerusi Sesi, Penilai 1 dan Penilai 2.

2.0     Penamaan Pengerusi Sesi, Penilai 1 dan Penilai 2.

  • Penyelia utama dan calon perlu mencadangkan nama Pengerusi Sesi, Penilai 1 dan Penilai 2 menerusi e-mail dan hantar ke urusetia.
  • Cadangan penamaan tersebut akan disahkan oleh Mesyuarat  JawatanKuasa Pascasiswazah, PPSA.
  • Penyelia utama dan/atau penyelia bersama adalah disarankan untuk  menghadiri sesi ujian kelayakan sebagai pemerhati.

3.0     Lantikan Pengerusi Sesi, Penilai 1 dan Penilai 2.

  • Perlantikan Pengerusi Sesi adalah daripada pensyarah dari kalangan  Profesor/Profesor Madya/Dr. di PPSA sahaja. Tidak semestinya pakar di   dalam bidang topik saranan penyelidikan calon.
  • Perlantikan Penilai 1 dan penilai 2 mestilah berdasarkan kepakaran  yang berkaitan dengan topik saranan penyelidikan calon. Kedua-dua   penilai boleh dilantik samada dari kalangan Profesor/Profesor  Madya/Dr. di dalam UMT sahaja. Salah seorang penilai perlu dari PPSA.

4.0     Pembentangan Lisan Ujian Kelayakan Calon PhD.

  • Calon membentangkan saranan penyelidikan pertama secara terbuka semasa program Wacana Ilmiah Penyelidikan berlangsung. Namun, sesi soal jawap diadakan dalam sesi tertutup.
  • Namun, pembentangan saranan penyelidikan secara tertutup dijalankan bagi calon yang membentang kali kedua dan seterusnya.
  • Ujian kelayakan ini mestilah dihadiri oleh Pengerusi Sesi dan kedua-dua penilai.
  • Calon perlu lulus dalam tempoh 2 semester pertama pengajian.

5.0     Peranan Pengerusi Sesi

  • Semasa pembentangan, Pengerusi Sesi bertanggungjawab:
  • Memastikan semua dokumen ujian lengkap (Laporan Pemeriksa).
  • Memulakan sesi ujian dan mengalu-alukan kehadiran semua pemeriksa (Pemeriksa 1 dan pemeriksa 2).
  • Memastikan sesi ujian berjalan mengikut peraturan ujian kelayakan.
  • Memastikan ujian berjalan dengan harmoni.
  • Menyerahkan Laporan Penilaian : Saranan Kajian selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh ujian kelayakan diadakan ke urusetia pascasiswazah PPSA.
  • Memaklumkan kepada pelajar keputusan panel pemeriksa serta pembetulan yang perlu dibuat (Jika ada).
  • Pengerusi sesi bukannya seorang pemeriksa dan tidak wajar bagi pengerusi sesi menyoal pelajar sebagaimana seorang pemeriksa. Namun, pengerusi sesi boleh mengulang soalan pemeriksa dengan cara lain jika pelajar tidak memahami soalan tersebut.

6.0     Peranan Penilai 1 dan Penilai 2

  • Menilai kertas cadangan penyelidikan calon.
  • Memberi komen membina dan cadangan penambahbaikan terhadap  skop penyelidikan calon supaya mencapai tahap penyelidikan yang berkualiti.

7.0     Keputusan Ujian lisan

Di akhir sesi ujian, salah satu keputusan berikut akan diberikan iaitu:

7.1     Lulus

  • Saranan penyelidikan diterima dengan pembetulan yang minima.
  • Skop penyelidikan calon diteruskan dengan penambahbaikan yang minima.

7.2     Gagal

  • Saranan penyelidikan mengandungi kelemahan yang  serius dari segi teori, metodologi, analisis data dan/atau    pembentangan yang sangat lemah.
  • Penambahbaikan, pembetulan dan semakan skop penyelidikan   calon yang kritikal diperlukan bagi mencapai tahap penyelidikan  yang berkualiti.
  • Calon perlu menduduki semula ujian lisan kelayakan PhD dalam  tempoh yang dicadangan oleh Penilai 1 dan Penilai 2.

8.0     Tindakan susulan

  • Pengerusi Sesi akan menghantar Laporan Penilaian : Saranan Kajian ke Urusetia pascasiswazah, PPSA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas ujian.
  • Laporan perlu mengandungi keputusan ujian lisan (Perkara 7),  pembetulan dan cadangan penambahbaikan penyelidikan calon.

8.1     Lulus

  • Tiada tindakan susulan

8.2     Gagal

  • Calon diberi masa maksimum selama satu (1) bulan untuk   menghantar pembetulan draf cadangan penyelidikan ke PPSA.
  • Calon perlu mendapatkan pengesahan daripada Penilai 1 dan  Penilai 2 bagi memastikan semua penambahbaikan terhadap  saranan penyelidikan telah dilaksanakan.
  • Calon yang gagal menghantar saranan cadangan penyelidikan  dalam tempoh yang ditetapkan akan diberi notis dan dihalang    untuk meneruskan kerja-kerja penyelidikan sehingga penarikan  notis dikeluarkan.
  • Calon dibenarkan untuk mengulang ujian sebanyak dua (2) kali.

9.0     Penghantaran Saranan Cadangan Penyelidikan 

  • Selepas mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Pasca-Siswazah PPSA, surat lulus ujian lisan kelayakan PhD yang disahkan oleh Dekan