Syarat Kemasukan


KELAYAKAN

 

KELAYAKAN MINIMUM DIPLOMA/SETARAF

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK

2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya:

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:

  • Chemistry / Biology

 

KELAYAKAN MINIMUM MATRIKULASI KPM/ASASI

 

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Chemistry/Biology

 

KELAYAKAN MINIMUM STPM

 

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Chemistry/ Biology