Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)


 

PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK SARJANA MUDA SAINS (SAINS BIOLOGI)

 Pengenalan

Program Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA). Program ini adalah  program  pengajian  3  tahun  yang  merangkumi  6  semester  penuh  dengan  120  jam  kredit  untuk bergraduat. Kurikulum program ini meliputi disiplin asas bidang sains biologi termasuk biokimia, genetik, biologi sel dan molekul, mikrobiologi, anatomi dan fisiologi, ekologi dan bioteknologi. Pelajar turut didedahkan kepada disiplin pengajian sains kimia dan statistik. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk menjalankan kajian di makmal ataupun lapangan melalui kursus-kursus Latihan Industri dan Projek Ilmiah Tahun Akhir.

Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objectives, PEO)

Objektif pendidikan program Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) adalah untuk menghasilkan:

  • graduan yang berpengetahuan luas dan mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang sains biologi;
  • graduan yang boleh berkomunikasi secara berkesan, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu melaksanakan tugas secara individu dan berkumpulan dengan pelbagai peranan;
  • graduan yang boleh mengenalpasti, menilai dan menyelesaikan masalah berkaitan sains biologi dengan mengambilkira aspek keseimbangan alam sekitar, sosial, moral dan nilai etika; dan
  • graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mengamalkan elemen-elemen pembelajaran sepanjang hayat demi pembangunan kerjaya yang cemerlang.

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang sangat luas, di antaranya:

  • Ahli Sains Biologi
  • Ahli Biokimia
  • Ahli Bioteknologi
  • Ahli Zoologi
  • Ahli Botani
  • Ahli Mikrobiologi
  • Ahli Akademik
  • Guru Biologi
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Sains
  • Pegawai Alam Sekitar
  • Jurutera Bioteknologi
  • Penyelaras Klinikal
  • Pakar Produk
  • Ahli Korporat
  • Usahawan

KURIKULUM PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS BIOLOGI)

Kursus Teras Universiti (YW)

Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
BBB3101 Academic Writing Skills 3 (3+0) Muet Band 3,4,5,6
BBB3102 Public Speaking 3 (3+0) MUET Band 3,4,5,6
BBB3103 English for Occupational Purposes 3 (3+0) BBB3101 dan BBB3102
PAL3000 Asas Keusahawanan 3 (3+0) Tiada
NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (2+0) Tiada
NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0) Tiada
NCC2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0) Tiada
Ko-Kurikulum 3 (0+3) Tiada
Jumlah 22

Kursus Teras Program Pengajian (YW)

Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
BDV4801 Ekologi Lapangan 2 (0+2) Tiada
BIO3000 Evolusi dan Biodiversiti 3 (3+0) Tiada
BIO3001 Biologi dan Kepelbagaian Tumbuhan 4 (3+1) Tiada
BIO3002 Biologi dan Kepelbagaian Haiwan 3 (2+1) Tiada
BIO3100 Biologi Sel dan Molekul 3 (3+0) Tiada
BIO3101 Biokimia 4 (3+1) Tiada
BIO3201 Genetik 4 (3+1) Tiada
BIO3400 Mikrobiologi Asas 3 (2+1) Tiada
BIO3500 Prinsip Ekologi 4 (3+1) Tiada
BIO3601 Biologi Perkembangan 4 (3+1) Tiada
BIO3602 Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan 3 (2+1) Tiada
BIO3603 Anatomi dan Fisiologi Haiwan 3 (2+1) Tiada
BIO3801 Kaedah Penyelidikan dalam Biologi 3 (3+0) Tiada
BIO3802 Penulisan Saintifik dalam Biologi 3 (3+0) Tiada
BIO4992A Latihan Industri 6 (0+6) Tiada
BIO4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 3 (0+3) Tiada
BIO4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 5 (0+5) BIO4998
KIM3001 Amali Kimia Asas 2 (0+2) Tiada
KIM3200 Kimia Organik Asas 2 (2+0) Tiada
KIM3300 Kimia Tak Organik Asas 2 (2+0) Tiada
KIM3400 Kimia Analisis Asas 2 (2+0) Tiada
MTK3008 Biostatistik 3 (2+1) Tiada
Jumlah 71

Kursus Elektif Program (ELF – 27 Kredit)

Pelajar boleh mengambil mana-mana kursus sains Biologi atau kursus lain yang bertaraf

3000 ke atas tertakluk kepada persetujuan Pengerusi Program atau pensyarah kursus terbabit.

Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
BIO3202 Teknologi DNA Rekombinan 4 (3+1) Tiada
BIO3401 Mikrobiologi Lanjutan 3 (2+1) Tiada
BIO3402 Mikologi 3 (2+1) Tiada
BIO3403 Virologi 3 (2+1) Tiada
BIO4101 Biokimia Tumbuhan 4 (3+1) BIO3101/kursus yang setara
BIO4301 Bioteknologi Tumbuhan 3 (2+1) Tiada
BIO4302 Bioteknologi Haiwan 3 (2+1) Tiada
BIO4303 Produk Semulajadi Marin 3 (2+1) Tiada
BIO4401 Protozoologi 3 (2+1) Tiada
BIO4601 Pengawalatur Tumbesaran Tumbuhan 3 (3+0) BIO3602/kursus yang setara
BIO4602 Immunologi 3 (2+1) Tiada

Jumlah keperluan bergraduat 120 kredit

Skema Program Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

Semester 1 Jam Kredit Semester 2 Jam Kredit
BBB3101 Academic Writing Skills 3 (3+0) BIO3100 Biologi Sel dan Molekul 3 (3+0)
NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (2+0) BIO3002 Biologi dan Kepelbagaian Haiwan 3 (2+1)
NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0) BIO3201 Genetik 4 (3+1)
BIO3001  Biologi dan Kepelbagaian   Tumbuhan 4 (3+1) BIO3400 Mikrobiologi Asas 3 (2+1)
BIO3000 Evolusi dan Biodiversiti 3 (3+0) BIO3500 Prinsip Ekologi 4 (3+1)
KIM3200 Kimia Organik Asas 2 (2+0) KIM3001 Amali Kimia Asas 2 (0+2)
KIM3300 Kimia Tak Organik Asas 2 (2+0) KIM3400 Kimia Analisis Asas 2 (2+0)
Ko-Kurikulum 3 (0+3)
*BBB2000 English For Academic Communication 1 3 (3+0)
Jumlah 21 Jumlah 21
Semester 3 Jam Kredit Semester 4 Jam Kredit
BBB3102 Public Speaking 3 (3+0) PAL3000 Asas Keusahawanan 3 (3+0)
BIO3601 Biologi Perkembangan 4 (3+1) NCC2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0)
BIO3602 Anatomi dan Fisiologi  Tumbuhan 3 (2+1) BIO3101 Biokimia 4 (3+1)
BIO3603 Anatomi dan Fisiologi Haiwan 3 (2+1) BIO3801 Kaedah Penyelidikan dalam Biologi 3 (3+0)
Elektif 3 MTK3008 Biostatistik 3 (2+1)
Elektif 3 Elektif 3
**BBB3101 Academic Writing Skills 3 (3+0)
Jumlah 19 Jumlah 19
Semester 5 Jam Kredit Semester 6 Jam Kredit
BDV4801 Ekologi Lapangan 2 (0+2) BBB3103 English for Occupational Purposes 3 (3+0)
BIO3802 Penulisan Saintifik dalam Biologi 3 (3+0) BIO4992A Latihan Industri 6 (0+6)
BIO4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 3 (0+3) BIO4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 5 (0+5)
Elektif 3 Elektif 3
Elektif 3 Elektif 3
Elektif 3
Elektif 3
***BBB3102 Public Speaking 3 (3+0)
Jumlah 20 Jumlah 20
JUMLAH JAM KREDIT BERGRADUAT 120

Nota:

*    untuk pelajar yang mendapat MUET Band 1 dan 2 diwajibkan mengambil kursus ini

**   untuk pelajar yang mengambil BBB2000 pada Semester 1 dan BBB3102 pada Semester 3

***  untuk pelajar yang mengambil BBB2000 pada Semester