Objektif


OBJEKTIF

Objektif Pusat Pengajian Sains Asas adalah seperti berikut:

i.        Menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam bidang sains asas iaitu biologi, kimia dan fizik;

ii.        Menghimpunkan kepakaran dalam bidang ilmu sains asas iaitu biologi, kimia dan fizik di bawah satu organisasi serta menyediakan peluang yang baik ke arah penyepaduan dan pengukuhan jaringan;

iii.        Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan menerusi penyelidikan sains asas;

iv.        Menyediakan kemudahan dan fasiliti terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan; dan

v.         Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, berilmu dan berketrampilan dalam bidang sains asas.