Latar Belakang

Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) secara rasminya ditubuhkan pada 1 Januari 2014 hasil transformasi akademik UMT. Matlamat penubuhan PPSA adalah untuk memberi fokus kepada pengajaran dan penyelidikan dalam bidang sains asas yang menjadi tunggak ilmu kepada lain-lain bidang sains dan teknologi. Pada masa ini, PPSA menawarkan 2 program akademik iaitu Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dan Sarjana Muda Sains (Sains Kimia).  PPSA juga merancang penawaran satu program baharu iaitu Sarjana Muda Sains (Fizik Nano) yang sedang digubal dan akan ditawarkan pada tahun 2016. Selain itu program Diploma Sains juga dirancang untuk ditawarkan mulai tahun 2016.