Lawatan Ilmiah UPSI KE PPSA


Lawatan Ilmiah UPSI KE PPSA

Pada 11 Mei 2014, Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) telah menerima lawatan ilmiah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Azlan Shah, Tanjong Malim. Lawatan ini disertai rombongan seramai 16 orang dan diketuai oleh Timbalan Pendaftar, Fakulti Sains dan Matematik (FSM) iaitu En. Shuhir Karmawi bin Abd Aziz.

Tujuan lawatan ilmiah ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pentadbiran PPSA selaras dengan transformasi yang berlaku di UMT. Selain itu, lawatan ini sebagai permulaan kepada UPSI untuk mendapatkan gambaran lanjut apa yang telah berlaku selaras dengan transformasi. En. Shuhir Karmawi juga memaklumkan bahawa pihak UPSI kini dalam peringkat mengkaji pelaksanaan transformasi sistem fakulti kepada pusat pengajian sepertimana yang berlaku di UMT.

Sesi taklimat dan perbincangan diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Biruni, Bangunan Annex PPSA yang turut disertai kakitangan Pejabat Pentadbiran. Seterusnya rombongan UPSI dibawa melawat ke Makmal Histologi untuk melihat pengurusan makmal dengan lebih dekat. Sesi taklimat Makmal Histologi dikendalikan oleh Encik Muhammad bin Embong, Pembantu Makmal Kanan.


Comments are closed.