Latihan Pengungsian Bangunan dan Memadam Kebakaran PPSA 2018


 

Unit Keselamatan Kebakaran, JKKP PPSA telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) dan Memadam Kebakaran pada 17 April 2018 melibatkan bangunan pentadbiran dan Blok J yang terdiri daripada kompleks makmal biologi, medan syarahan dan pejabat pensyarah. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat BOMBA Kuala Nerus,Unit Keselamatan UMT dan Pusat Pembangunan dan Harta, UMT. Penghuni bangunan telah diberikan taklimat langkah-langkah pengosongan bangunan dan kaedah memadam kebakaran kecil menggunakan alat pemadam api.

JKKP PPSA merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penghuni bangunan termasuk pelajar dan pensyarah yang sedang berkuliah di Medan Syarahan Timur dan Barat di atas kerjasama yang diberikan.

 


Comments are closed.