International Cell Signalling Conference 2017


International Cell Signalling Conference 2017

Pada tanggal 25-26 Julai 2017, Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA), Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan persidangan antarabangsa iaitu “International Cell Signalling Conference 2017” (ICSC2017) bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. ICSC2017 juga membariskan penceramah tersohor dalam bidang pengisyaratan sel dari seluruh dunia iaitu Professor Dr. Tahir Pillay dari Afrika Selatan (ucaptama), Prof. Dato’ Dr. Bakar Abdul Majeed (UiTM), Professor David Sheehan (UAE), Professor Dr. Dipak Ramji (UK),Professor Jean-Pierre Jacquot (France), Professor Jonel Saludes (Philipines), Professor Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad (UMT), Professor Dr. Nakisah Mat Amin (UMT) dan Professor Dr. Aziz bin Ahmad (UMT).

ICSC2017 telah dirasmikan oleh YBhg. Professor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT. Serentak dengan perasmian ICSC2017, UMT juga telah memeterai MoU bersama dengan MARDI yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Naib Canselor dan Ketua Pengarah MARDI Dato’ Dr. Shariff Haron.


Comments are closed.