Majlis Apresiasi Staff PPSA 2016


Majlis Apresiasi Staff PPSA 2016

Majlis Apresiasi Staff PPSA 2016 merupakan inisiatif pengurusan PPSA untuk meraikan dan menghargai sumbangan warga PPSA sepanjang tahun 2016. Majlis ini telah dihadiri seramai 50 orang warga PPSA dan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Hamdan bin Suhaimi, Dekan PPSA. Majlis dimulakan dengan pembentangan pencapaian PPSA oleh Dr. Khairul Anuar bin Mat Amin, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan) PPSA. Penyampaian sijil penghargaan kepada warga PPSA yang telah menyumbang khidmat bakti sepanjang tahun 2016 merupakan acara kemuncak majlis ini.

Semoga majlis seumpama ini dapat mengikat silaturrahim warga PPSA dan menjadi dorongan bagi warga untuk terus cemerlang pada tahun 2017.


Comments are closed.