Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Serta Taklimat Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam PPSA.


Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Serta Taklimat Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam PPSA.

Bagi membaiki pencapaian serta memenuhi sasaran agar semua kursus yang ditawarkan di bawah PPSA mencapai kriteria minima modblended, satu bengkel khas telah diadakan pada 13 Mac 2016 bertempat di Makmal Komputer, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim. Semua ahli akademik yang terlibat dalam pengajaran kursus di PPSA dijemput menghadiri kursus ini yang telah dimudahcara oleh Dr. Noraida binti Haji Ali,  Ketua E-Pembelajaran, Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik (PPPKA).

Selain itu, pengisian bengkel juga turut melibatkan pengkongsian mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran cemerlang oleh Pensyarah PPSA yang pernah menerima Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran. Perkongsian menarik telah dipersembahkan oleh Prof. Madya Dr. Mariam binti Taib, Dr. Norhayati binti Yusof dan Dr. Khairul Anuar bin Mat Amin.

Pada sesi sebelah petang pula, sebagai peringatan dan pendedahan kepada semua staf PPSA, telah diadakan taklimat mengenai tanggungjawab dan peranan pegawai awam di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim. Ini merangkumi taklimat mengenai Peraturan Pegawai dan Perintah-Perintah Am yang telah sampaikan oleh Tn. Hj. Zukiferee bin Ibrahim, Pengarah, Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. Manakala En. Muhammad Hafizuddin bin Zakaria, Pegawai Undang-undang , Bahagian Undang-undang, UMT pula menyampaikan taklimat Tatakelakuan dan Tatatertib.

 

 


Comments are closed.