Seminar 2nd PRC Distinguished Lecture Series Fiber Sensors For Landslide Monitoring


Seminar  2nd PRC Distinguished Lecture Series Fiber Sensors For Landslide Monitoring

Pada 19 Januari 2016, Seminar 2nd PRC Distinguished Lecture Series Fiber Sensors For Landslide Monitoring telah diadakan hasil kerjasama bersama Photonic Research Centre (PRC), Universiti Malaya dengan Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertempat di Rumah Universiti, UMT.

Seminar yang dibiayai oleh British Council di bawah program Newton Fund dan Inistiatif Science to Action Jabatan Perdana Menteri ini diadakan bertujuan untuk membangunkan usaha kerjasama di antara universiti-universiti di Malaysia dan United Kingdom bagi menangani masalah banjir dan tanah runtuh.

Seminar 2nd PRC Distinguished Lecture Series Fiber Sensors For Landslide Monitoring ini telah dihadiri peserta dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar siswazah UMT dan UM. Seminar ini telah menjemput Professor Kennenth Grattan, Professor Azizur Rahman dan Professor Gilberto Brambilla yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi syarahan.

Pada hari kedua program 20 Januari 2016 telah diadakan Program Lawatan ke PPSA yang bertujuan membuka ruang berkongsian dan perbincangan antara PPSA, UMT dengan PRC, UM serta para jemputan bagi membangunkan jaringan (networking) dan mengembangkan kerjasama antara semua pihak.

Pada sebelah petang, delegasi PRC, UM dan para jemputan turut dibawa melawat pantai UMT yang telah mengalami hakisan. PasukanTask Force (Hakisan) UMT yang diketuai oleh  Profesor Madya Dr. Mohammad Fadhli Bin Ahmad bersama penyelidik yang lain hadir memberi penerangan mengenai keadaan pantai yang terjejas. Para jemputan turut dibawa ke pantai sekitar dengan menaiki dua kenderaan pacuan 4 roda bagi melihat impak hakisan di kawasan berdekatan UMT. Manakala pada sebelah malam, majlis makan malam sempena Seminar 2nd PRC Distinguished Lecture Series Fiber Sensors For Landslide Monitoring  telah diadakan di Dataran Raudhah, PPSA.


Comments are closed.